Tuesday, December 28, 2010

BURUNG



Berterbangan jerk kan burung2 diangkasa kan?? Aku, manusia bila ditimpa masalah atau cubaan yang ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran. Burung lah yang aku dengkikan kerana aku kata mereka boleh terbang jauh dari masalah. Betol ke macam 2? Ke.. aku jew yang selalu perhatikan burung2 berterbangan. Kata hati yang penuh dengan masalah, bila aku jadi burung, masalah tiada lagi. Jauh menghilang si masalah. Boleh ke macam 2? Perlu ke berjauhan dengan masalah? Nak hadapi rasa perit sangat tambah2 bila melibatkan maruah dan orang tua. Itu yang selalu menjadi pertikaian dalam pemikiran. Bila masalah mendatang itu lah yang selalu ingin dilakukan oleh manusia iaitu LARI.. LARI dari masalah.. selalu sangat. Eh, bukan selalu tetapi memang. Memang itu pemikiran nya. Oh, betapa singkat nya pemikiran. Inikah yang dinamakan berfikir.
Kalau aku boleh jadi burung, sesungguh nya aku akan terbang meninggalkan pemikiran yang cetek dan juga masalah yang timbul. Aku akan sentiasa berterbangan kerana aku tak ingin pom menyentuh dan tersentuh dengan masalah yang aku hadapi. Yelah macam burung, terbang di angkasa.. tidak menyentuh tanah atau dahan2 pokok lagi kerana kan membawa masalAh kepada si burung,. Dengan pemburu dan pemangsa yang mencari mangsa2 seperti nya. Aku mahu begitu.. terbang jauh daripada masalah. Bukan apa, aku cuba tidak mahu dibebani.
Masalah yang selalu dihadapi bila belajar adalah keputusan yang teruk walau telah berusaha, bergaduh dengan guru kerana tidak sependapat, kawan yang merupakan musuh dalam selimut, roommate yang memang hantu, classmate yang tidak mahu memahami, kawan yang bukan sejantina bermasalah, dan banyak lagi.. itu belum berkenaan dengan masalah keluarga. Ibu yang suka pilih kasih, ayah yang tidak suka ambil peduli, adik yang suka mengacau, kakak yang tak penah nak paham diri ini, abang yang selalu ambil kesempatan, saudara mara yang mengambil kesempatan pada keluarga.. bebanan yang amat melampau bila difikirkan.
Bila bekerja lain pula permasalahan nya, bos yang mengarut, rakan sejawat yang kuat cemburu, kaki report, keadaan yang tidak sehaluan selalu je membebani kepala, huhu kalo yang berkahwin lain pulak cerita nya.. dengan si isteri atau si suami yang tak paham kerjaya dan diri, anak2 yang selalu memohon perhatian dari ibu atau bapa, ibu mertua yang suka mencari kesalahan, ayah dan ibu yang selalu menyalahkan., oh tak sanggup rasanya ingin berkahwin bila kedengaran begini tapi inilah hakikat.. hakikat yang perlu dihadapi. Tapi bila jadi burung, tidak ada masalh yang melanda. Tiada percaturan hidup.. haha BEBAS.. terbang dan jauh dari masalh dan bebanan yang melampau.. betol kah begitu? Seronok jika begitu.. asal ada masalah je terus mohon jadi burung dan terbang tinggalkan tekanan yang dihadapi. Dasyad betol kalo ini yang berlaku.. haha
Perlukah berjauhan dengan masalh? Apalah salahnya bersemuka hanya untuk sekatika.. yelah katakan hanya sekadar ingin mengetahui lanjut tentang bebanan tersebut.. haha menyedapkan hati je kan. Em, hakikat yang dihadapi adalah jauh panggang dari api dan juga indah khabar dari rupa. Huh cukup menyiksakan. Harap dapat hadapi dengan tenang tapi lain pula yang jadi.. lupakah kita pada si burung? Walau terbang kea wan biru tapi masih lagi tidak dapat melepasi hingga ke angkasa lepas mencari planet baru untuk dikunjungi dan si burung masih lagi hinggap di dahan2 untuk merehatkan sayap yang berkhidmat apabila berterbangan. Dan ini bermakna si burung juga bersemuka juga dengan masalhnya initu dahan2. Apa mahu dijauhkan??
Juah dengan masalah?? Buat malu saja. Tapi akhirnya.. ‘SESUATU’ yang berharga.. ‘sesuatu’ yang bisa mengigat kan diri supaya kembali kepada NYA. Haha itu lah yang sepatut nya.. lupakah pada janji2 NYA??
DIA berjanji tidak akan membabani hambanya dengan masalah atau bebanan yang tidak mampu dipikul oleh hamba2. Jadi yakin lah kita pada janji2 yang ditaburkan. Jika datang si masalah yakin lah bahawa mampu untuk menyelesaikan nya. Percaya lah bahawa DIA sentiasa kan menolong walau apa pun. Kadang2 sesuatu yang kita tidak sangka. Ya, aku pernah mengalami nya. Saranan ku percayalah pada janji nya. Apabila kita percaya dan yakin, DIA akan percaya dan yakin pada kita juga. Jadi teruskan usaha dan berjayalah hingga akhirnya. Betol .. haha
Tak salah kan jika burung2 hinggap di dahan2 kerana DIA akan membantu.. jadi si burung ini akan mencari dahan2 yang memberinya keselamatan dan keselesaan. Jangan difikirkan untuk menjadi burung bila berdepan dengan masalah. Sebalik nya berdepan lah..
SEMOGA BERJAYA..

No comments:

Post a Comment