Saturday, October 8, 2011

KEHIDUPAN INI


apabila kita asyikduduk termenung mengenangan nasib diri..
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
namun,
kita masih tidak sedartentang hakikat erti kebahgiaan yang sebenar-benarnya..

ramai orang..
tersalah sangka
tentang ketenangan dalam hidupnya..
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya..
betapa ramai orang yang berada dalam rumah besar..
tidur diatas tilam yang empuk..
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyeyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita..
ada orang yang dihadapannya hidangan yang hebat,
lauk pauk yang bagus..
tetapi lidahnya tidak enak.
lebih enak lagi bagi orang yang makan kadang-kadang
dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makan nya

kata Hamka
"lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya"
semua orang sangka
kalau orang itu di dalam rumah besar
ada makanan yang lazat
tentunya hidupnya bahagia dan tenang..
BELUM tentu!!

tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah
jika Allah hendak memberikan kebahgiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekali pun
jika Allah hendak menghalang kebahgiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata!!

dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebasaran Allah.
jika Allah mengatur untuk kita,
apa yang orang sangka tewas!!
kita akan melihat kemenangan disisi Allah..
apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka
tetapi Allah boleh menwujudkan keajaiban dalam kehidupan

apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah
tengok lah dunia ini..
kadang-kadang manusia apabila dia hilang satu-satu benda di dunia
seseolah telah hilang segala-galanya
berapa banyak dalam kehidupan merasai keperitan hidup???
cuba ingat!!
ketika kita kena keperitan,
 kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
tetapi..
hari ini..
Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
ketika kita ditimpa musibah tertentu
kita kata "habis la aku kali nie!!"
tetapi usia kita masih berjalan
kiata masih hidup dan makan
dan menikmati kehidupan di dunia ini..

ketika kita kata "Ya Allah tolong lah aku, aku dalam kesusahan Ya Allah.."
hari ini kita pun lupa akan perkataan itu
dan kita pun lupa untuk bersyukur
diatas pelbagai ranjang hidup yang Allah telah keluarkan kita daripada nya.
orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau!!"
"nun orang nak ambik tindakan pada hang!!"
"nun oarang nak ambil tindakan pada kau!!"
"nun ada orang nak bertindak pada kau!!"
kata Allah "IMAN akan bertambah"
bukan kita kata "kanapalah Allah benci aku?? apa la dosa aku??"
TIDAK!! TIDAK!! TIDAK!!
keimanan mereka bertambah
mereka berkata
"cukuplah bagi kami Ya Allah,
dialah tempat sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

pengalaman sering mematangkan kita
sesiapa yang tidak melalui nya tidak akn memahami maksudnya
orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
"Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah"

kita sering lupa kita masih ada kehidupan di akhirat
apabila manusia melihat dunia daripada demensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini kecil
"Allah bawakan orang yang paling derita di dunia ini dan mencelupnya di dalam syurga dan Allah bertanya pernahkah ya fulan menderita di dunia? oarang tersebut mennyatakan dia tidak pernah menderita di dunia"
hanya kerana secelup ke dalam syurga lupa akan segala derita di dunia..
"Allah ambil manusia yang paling nikmat di dunia ini dan mencelupnya ke dalam neraka dan dikeluarkan lalu bertanya
pernahkah ya fulan merasa nikmat di dunia??"
hanya satu celupan ke neraka sudah lupa segala nikmat yang dikurniakan di dunia.
masihkah kita ingat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini??

kita selalu bersyukur apabila kita diberi nikmat yang baru..
tetapi kita lupa apa yang kita ada sekarang ini adalah satu nikmat yang cukup besar
seorang hamba Allah yang baru sakit kaki nya
dimana sebelum inidia tidak pernah mensyukuri nikmat kaki yang Allah berikan
untuk berjalan dan juga melakukan aktiviti harian
namun,
setelah sakit dia berdoa "Allah sembuhkan lah kakiku Ya Allah"
barulah dia sedarkan akan susah nya untuk mendapat nikmat sebatang kaki yang sihat tanpa izin Nya.
kata Hamka
"yang kita ada ini adalah harapan kita"
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa dengan apa yang kita ada..

bersyukurlah wahai diri ini
sebab itulah ramai sarjana berpendapat "syukur lebih tinggi marka nya daripada sabar"
ramai orang yang bersabar tetapi belum tentu apabila mendapat nikmat dia bersyukur
"Ya Allah apa sahaja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan, daripada sesiapa dalam kalangan hamba Mu
tidaka ada daripada sesiapa melainkan Engkau Ya Allah
bagi Engkau lah pujian,
bagi Engkau lah kesyukuran.."
subhanallah

"jika kamu hendak menghitung nikamat Allah,
kamu tidak mampu.."
apabila kita melihat kehidupan kita secara keseluruhan nya
kita dapat melihat yang Allah berikan melebihi apa yang kita harapkan
pesanan nabi
"la tahzan, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"

..insya Allah..






No comments:

Post a Comment